Kerajinan ibuku..

Sesuatu yang dibanggakan mengenai ibuku ialah kerajinan dan keseniannya menghasilkan kraftangan yang menarik <3

Friday, 9 March 2012

Percutian 2011 (Bandung-Yogyakarta-Jakarta)

Cerita ini sebagai kisah selingan saja. Setiap tahun saya berazam untuk membawa ibu saya pergi melancong sebagai tanda SAYANG dan TERIMA KASIH saya terhadap beliau. Semuanya bermula pada tahun 2011 (br ade gaji kan) hiks.. Ok. Jom saya tunjukkan ke mana saya bawak ibu saya melancong pada tahun 2011 lepas.

7  Dec 2011 (7.45pm)
Berlepas dari LCCT dgn pesawat Airasia .. pheuwww ~ Kemudian tiba di sana pada pukul 10pm (indonesia awal sejam) dan terus dikutip pak supir yang dah deal awal-awal lagi. Kami di bawa makan di restoran nasi padang dan kemudian menginap di sebuah banglo sewa (ala2 homestay) murah!!


Gambar sekitar Bandar Bandung, Pengangkutan & Penginapan


8 Dec 2011 (7.45am)
Bertolak ke Tangkuban Perahu salah satu tempat yang dikatakan mempunyai sejarah dahulu kala tentang seorang anak dan ibunya (mcm tempat hikayat/sumpahan la). Perjalanan kira-kira 1jam lebih (campur jammed). Tempat ni wajib dikunjungi jika datang ke Bandung kerana kita dapat lihat Gunung berapi yang masih aktif dan pemadangan yang sangat menarik dan dingin.

Beberapa gambar Tangkuban Perahu

Ini la ibu saya! Gembira betol! hihi..

Seterusnya kami menuju ke Hot spring tidak jauh dari Tangkuban perahu. Kami menunaikan solat Zohor dan jamak asar sekali di sana. Kemudian bergerak ke tempat yang dinanti-nantikan saya iaitu Transtudio Bandung. Tempat ni baru je di buka di Bandung dan ia adalah yang terbesar di Indonesia. Transtudio lain terletak di Makassar dan ermm..lupe plak.hiks..

TranStudio Bandung, Indonesia

Kemudian kami pulang ke banglow berkemas dan bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Yogyakarta. Perjalanan mengambil masa hampir 6 jam lebih dan sepanjang perjalanan kami tidur. Tempat yang di tuju mula-mula ialah Kebumen, salah satu rumah saudara kawan saya Adila talip.

9 Dec 2011 (5.45 am)
Tiba di Kebumen, Yogyakarta. Berehat dan bersarapan. Jam 2pm kami menuju ke kota Yogyakarta yg mengambil masa 1 jam lebih. Perjalanan yang sungguh menarik dan pemandangan yang bergunung ganang, tanaman yang subur, padi huma dan paling pelik merata pokok Malinjor (xtau ejaan btol ke slh). Mungkin pada yang tidak biasa dengan pokok ini akan berasa tidak hairan. Pokok ini sukar didapati di Malaysia. Daunnya sedap di buat ulam atau keropok yang pahit tu.

10 Dec 2011
Di Jogja, kami tidak sempat bersiar-siar merata tempat.Cuma sempat bersiar-siar di sekitar kota Jogja, ke Pasar Jawa (Beringharjo) dan ke Kraton (istana jawa). Apa yang menariknya di Jogja rakyatnya sangat bersopan santun dan majoriti adalah keturunan jawa halus. Jalan raya juga lebih elok berbanding di Bandung. Difahamkan kerana Jogja adalah sebuah negeri berdaulat. Jadi kesemua pembangunan lebih teratur dan elok. Jogja juga adalah pusat pendidikan kerana banyak kampus-kampus beroperasi di sini. 

Sekitar kota Yogyakarta, Indonesia

Hidangan makanan diraja Kraton, Jogja, Indonesia

Kami meneruskan perjalanan ke Jakarta pula pada jam 7.45pm dengan menaiki keretapi (bahasa indonesia kereta). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 jam untuk tiba di stesen Senin, Jakarta. Macam biasa, sepanjang perjalanan kami tidur.zzzz..

Sempat membaca surat khabar Jogja didalam kereta

11 Dec 2011 (5.45 am)
Tiba di Stesen Senin, Jakarta dan kami dijemput oleh saudara kawan saya adila ke rumahnya. Perjalanan lebih kurang 20 minit. Pemandangan pagi di Jakarta sungguh tak lari dengan pemandangan dan suasana di Kuala lumpur. Nasib kami baik kerana orang belum keluar pergi kerja.Jadi kurang kesesakan (mecet).

Gambar Sekitar Kota Jakarta, Indonesia

Selepas solat zuhur, kami memulakan perjalanan di sekitar Jakarta bermula dengan membeli belah di Thamrin City. Mall ini masih baru. Jika dulu orang akan membeli belah di tanah abang. Tetapi sekarang Thamrin city mall ini telah di buka dan konsep serta barang-barangnya juga sama serta lebih selesa. Kemudian kami ke MoNas (Monument Nasional) Jakarta. Ia adalah menara mercu tanda Jakarta. Difahamkan, lambang obor di puncak menara itu adalah 100% emas (wow!). Perjalanan di teruskan ke rumah saudara-saudara adila yang terdekat untuk melawat dan jam 10 pm kami pulang ke rumah untuk berehat dan berkemas kerana seawal pagi esoknya kami akan bergerak pulang ke Bandung semula. 

Menara MoNas dan sekitar ThamrinCity Mall

12 Dec 2011 (4.45am)
Selesai menunaikan solat subuh jam 4.45am kami meneruskan perjalanan ke Bandung dengan menaiki van sewa. Perjalanan lebih kurang 3 jam lebih dan kami di bawa melalui puncak di Bogor untuk menikmati pemandangan gunung-ganang dan teh. Di sana juga terdapat sebuah masjid yang mengalirnya air dari gunung mengelilingi masjid ini. Sesiapa pon perlu melalui aliran air ini untuk masuk ke dalam masjik.unikkan! dan airnya sangat sejuk. 

Masjid Atta'awum, Puncak, Jawa Barat, Indonesia


Kemudian kami tiba di Kota Bandung sekitar jam 1 pm (terlewat kerana leka di Puncak). Kami terus menuju ke sebuah restauran padang untuk makan tengah hari sebelum memulakan aktiviti wajib iaitu SHOPPING! 
Tempat wajib adalah Factory outlet. Terdapat berbagai-bagai factory outlet di sini.Difahamkan lagi, Bandung adalah tempat transformasi fesyen di Indonesia. Memang pelbagai pakaian dan jenama yang menarik boleh di dapati dengan harga yang murah! Jadi sediakan jela rupi sebanyaknye ye kalo tak mahu menyesal. Akhir sekali kami ke Pasar baru iaitu tempat untuk membeli telekong, kebaya, kain ela, handbag dan barangan untuk dijadikan cenderamata. Pasar ini ditutup awal sekitar jam 5 atau 6 petang. Kemudian kami ke hotel untuk bermalam semalam sebelum berangkat pulang ke Malaysia subuh pagi keesokkan harinya..(capek)

Saya dan rakan Adila!!

13 Dec 2011 (6.00 am)
Check out dan menuju ke Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung. Pesawat kami berlepas sekitar jam 8.45 am dan selamat tiba di Malaysia sekitar jam 11.30 am. 

Penerbangan tambang murah AirAsia

Walaupun ibu mengeluh penat, tetapi percutian ini jarang sekali dilalui oleh sesiapa pon kerana kami menjelajah hampir sekitar kepulauan jawa (ibarat seluruh semenanjung la). Dan yang paling penting dapat la ibuku berehat mencuci mata dan menyegarkan minda daripada duduk di rumah membuat kerja sahaja. Ok. sekian saja. Nantikan percutian seterusnya di tahun 2012.






No comments:

Post a Comment